Advert posting di bawah tu cume testing. Sebenarnya dia bermula dari aksi saya blog hopping. Dari satu blog ke satu yg lainnya ada la beberapa posting pasal advert tersebut. Menariknya walaupun tajuknya pasal budak yg curious seharusnya gagah dari dalam. Saya berimaginasi tentang budak2 yg beraksi lasak ataupun bergelumangan dengan kotoran. Yeah imaginasi saya tinggi. Tapi kebanyakkan posting adalah bersama anak2 yg berpakaian menawan dan berposing supermodel ihiks.
Lantas terkenangkan terus zaman kenit2 saya semasa zaman persekolahan di kiwiland. Wah memang terkejut saya hari pertama kembali dari sekolah. Macam baru balik berkebun ataupun berperang. Bajunya masyaAllah. Cantik betul....hasilnya setelah habis hampir dua tahun kami di sana...70% bajunya ada pewarna tambahan. Kesan yg kami dapat tu berpanjangan kisahnya. Sampai sekarang ni susah betul nak yakinkan pada mereka jgn la diconteng2 baju yg ada tu. Terutamanya bila duduk di rumah. Mmg habis dikerjakan. Macam semalam. Baju Ralph Lauren warna oren yg papa dia belikan. Bibiknya pakaikan di rumah...dah tentu kalau saya perasan saya kata jangannnnnn. Pakaikan aje baju2 buruk kalau di rumah. Kerana akhirnya baju oren itu diserikan dengan bintik2 biru dari magic pen hasil dari main perang2 di dalam bilik. Jangan la tanya saya apa kaitan main perang2 yg akhirnya ada bintik3 biru itu. Yg saya nampak hasil kreativiti mereka...terhasil la pedang panjang setelah di cantumkan beberapa lego, yg boleh masuk dalam kaki meja plastik (meja dah tak jadi meja...empat2 kakinya jadi pedang) dan dihujung lego tu tak pasti bagaimana ada lego berbentuk panjang boleh muat magic pen...dah terhasil la pedang sakti yg bermatakan pen magic kaler biru. Mungkin kalau dah kena bintik biru tu indikasi mengatakan yg lawannya dah mati ke? Hurm imaginasi budak2 zaman skrg.
Jangan mula dengan aktiviti main diluar. Memang di luar kawalan. Nak ditegah karang terbantut pulak curiosity mereka. Jadi dibiarkan sahaja. Tapi bila sudah dibiarkan... Wah boleh mati anak katak dikerjakan mereka. Owh tapi mereka tak la hero sgt. Kalau nampak ulat ke cacing yg meliuk2...geli jugak mereka tu. Cuba2 nak jadi berani tapi terjerit satu kampung jugak jadinya. Kalau neneknya dan datuknya tanam pokok jadi di gali tanah dimasukkan anak pokok jadi tumbuhla anak pokok. Datang anak si kartini ni...di galinya tanah keluarkan pokok. Ape la nak jadi kan haha. Sudahnya datuk nya buatkan satu kawasan yg boleh di gali dan dikambus sesuka hati.
Tapi disini kita bekerja travel time sahaja sudah mengambil masa. Di kiwi land...balik pukul 5...530 sudah sampai rumah dah masih ada masa untuk buat pelbagai aktiviti lain. Jadi memang kadang2 terkenang2 zaman disana. Walaupun semua perlu di buat sendiri tapi kita masih ada masa yg lebih banyak utk diri sendiri, keluarga dan kawan2. Membuatkan saya terfikir bila lagi suamiku ni nak dapat overseas posting. Hurm tgh mode berangan. Owh saya dalam mode nak post gambar2 kenit masa di sana. Nantila yer. Malam nnt ;)
Thursday, December 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment