Tuesday, May 4, 2010

Free Review : Hard Rock Hotel Penang


Hujung minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Hard Rock Hotel Penang. Wah sgt seronok. Saya memang suka pergi cuti-cuti dan berada dalam perjalanan menaiki kereta utk jarak jauh. Pada saya baru la berbaloi beli kereta dah bayar mahal2 bila digunakan sepenuhnya. Betul tak ??

Sebenarnya bukan itu sahaja alasannya. Saya mmg suke duduk dalam kereta lama2. Dapat spend quality time dengan husband dan anak2. Bayangkan duduk lama2 dalam tempat yang terhad ....nak tak nak kena la kita melayan sesame sendiri kan!. Dalam masa yg sama dapat menikmati keindahan alam dan tengok2 tempat org. Mmg syok!

Daftar masuk di Hard Rock Hotel Penang around 3 pm. Kami duduk di Deluxe Sea View Room. Bilik spacious and cukup la untuk kami anak beranak berguling2 dalam bilik! Yg menariknya dia sini adalah kolam renangnya. Walaupun nampak kecik tapi besar sebenarnya. Section kanak2 adalah besar dah budak2 sgt la happynya bermain di kolam renang. Bila saya kata besar…sungguh ! Section kanak2 sgt la besar !. Dia ada section air cetek dan berpasir. Jadi pada anak2 bandar yg manja dan mengada2 tak nak pergi ke tepi laut bermain pasir. Ada kawasan berpasir dia section kolam renang kanak2 utk mereka bermain. Airnya cetek dan baby2 pun boleh dilepaskan disini. Section kanak2 yg lain ada pelbagai permainan air, water slides dan sgt2 la menarik. Saya pun lupa daratan main sama. Bila suami saya mencuba water slide…katanya berbanding org lain yg menggelungsur licin turun kebawah…dia tersekat2 di tengah2…(hi tak sedar2 diri ke kena kuruskan badan sket haha)…sampaikan org yg tengok pun tersengih2…malu katenya haha.

Anak2 saya mestilah tak melepaskan peluang ini…sampai hitam legam la mereka jadinya bermain di dalam kolam renang. Pagi pun turun petang pun turun. Nasib baik duduk 3 hari 2 malam sahaja.

Selain daripada kolam renang, saya sgt2 berpuas hati dengan live band performancenya disini. Wah jauh lebih baik dari yg di Bali. Sambil menikmati live band dan tgk makcik2 berjoget dan cube menarik saya utk berjoget sama…..(mestila saya tak nak kan sebab saya mana pandai berjoget) anak2 saya sekali lagi mengambil kesempatan menujukkan skill berjogetnya. Aiseh ….mak bapak malu2 kucing dan ayam…anak2 plak sebok nak berjoget…kan main lagi lah !.

Servis2 lain yg kami cube adalah hair wash...yer dia ada hair saloon dan makcik yg wash my hair tu sgt la friendlynya. Sambil basuh2 rambut saya sambil berbual issue2 semasa yg tak kurang menariknya..di blow kan rambut saya jadi cantik secantiknya dan kerana asyik berbual, ada la 2 jam setengah saya disitu. Wah sungguh berbaloi baloi. Owh anak2 saya dan bapanya enjoy di kolam renang lah macam biasa.

Tak lupe adalah servis spa. Wah saya kan hantu spa. Mestila cube....suami saya pun kalau pegi cuti2 Malaysia ni dia pun sibuk nak berspa sama. Jadi kami book spa utk 2 jam dan anak2 ditinggalkan di mana ya? Owh jgn bimbang...mereka ada servis menjaga anak2 di Little Rock Club. Di jaga oleh awek2 cun 3 orang....Kalau kan bukan anak2 bujang saya yg kemain gatalnya tu tak gembira ditinggalkan di sana. Menurut laporan masa kami amik mereka, semua baik2 belaka dan mendengar kata. Yerla kalau awek cun mestila dengar kata kan! Haish!. Bagi kanak2 4 tahun dan keatas boleh ditinggalkan di Little Rock Club dan dijaga oleh kakak penjaga yg manis secara percuma ya. Banyak aktiviti2 menarik disediakan sepanjang hari untuk memastikan anak anda tidak jemu. Mcm anak saya....gembira mendecorate pastry, bermain di kolam renang (again) makan pizza dan sebagainya.

Apa comment saya utk spa service. Biasa aje….standard spa hotel2 biasa lah saya rasa…di picit2 badan sket2 di facial muke sket2 mcm tu lah kan!. Tapi kalau dah hantu spa mcm saya …bedal ajekla mcm mana pun.

Mesti ada yg tertanya2 pasal breakfastnya...pada saya again..biasa sahaja lah. Kalau anda pernah duduk di Parkroyal Penang...fuhhh jauh la perbezaanya. Selepas di korek2 dengan kakak2 spa tu (saya kan kuat gossip)…tau lah kami yg chef2 di Parkroyal tu dah ada experience bertahun dan di Hard Rock baru setahun jagung. Kalau anda kemaruk nak breakfast best2 …di sini bukan la tempatnya. Saya mungkin mmg bias kalau dalam hal makan2 ni. Sebab saya tau nak makan sedap jek :p

Tapi mestila saya tak disappointed walaupun breakfast tak best mana. Kata duduk Penang kan. Kalau tak makan dekat hawker stall dia mmg tak la rugi kan. Katala kalau dah makan breakfast sedap2 sampai kembung perut...Camne nak makan lunch yg sedap2. Maka kami pun makan la di Nasi Kandar Line Clear....yum yum....nasi campur depan masjid terapung tu pun sgt sedap..pergi kat Kedai Lat....nasi campur biasa aje tapi mmg kick la. Kami cari Mee Udang Ayu sampai ke Teluk apa ntah ...nnt la saya update mana nak makan sedap ni. Char Kuew Teow yg basah mcm biasa kat Gurney Drive..sekali dengan pasemboq dia...wuih kecur2 air liur cerita kat sini lah. Tapi itu jek la yg kami sempat nak cube pun. Ikan bakar ke or Naan di Kapitan kami tak sempat nak cube. Yerla kalau ikut list yg kat atas tu pun dah kembung2 perut2 dibuatnya. Lain kali kalau di pk kan pasal makan jek…Mau kami duduk seminggu di Penang. Mana kami tau mana nak makan sedap di Penang? Sebab tu la saya pergi spa…sambil picit2 korek2 la mana makan sedap. Mcm2 list yg keluar.

Hehe ok la….panjang pulak saya melalut2...Nak gambar ? ALahai gambar dalam kamera suami saya la...Nnt kalau ada masa saya update la yer! byeeee

1 comment:

  1. wah best! been wanting to go to this hotel, tak bekesempatan lagik

    ReplyDelete